Hukum dan Rukun Syirkah (Kongsi)

Hukum Syirkah

Syirkah hukumnya mubah. Ini berdasarkan dalil hadith nabi saw berupa taqrir terhadap syirkah. Pada saat baginda diutuskan oleh Allah sebagai nabi, orang-orang pada masa itu telah bermuamalat dengan cara ber-syirkah dan Nabi Muhammad saw membenarkannya. Sabda baginda sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: Allah ‘Azza wa jalla telah berfirman; Aku adalah pihak ketiga dari 2 pihak yang bersyirkah selama salah satunya tidak mengkhianati yang lainnya. Kalau salah satunya khianat, aku keluar dari keduanya. (Hr Abu dawud, alBaihaqi dan adDaruquthni) Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Aba Manhal pernah mengatakan , “aku dan rakan kongsiku telah membeli sesuatu dengan cara tunai dan hutang.” Lalu kami didatangi oleh Al Barra’bin azib. Kami lalu bertanya kepadanya. Dia menjawab, “ Aku dan rakan kongsiku, Zaiq bin Arqam, telah mengadakan perkongsian. Kemudian kami bertanya kepada nabi s.a.w tentang tindakan kami. Baginda menjawab: “barang yang (diperoleh) dengan cara tunai silalah kalian ambil. Sedangkan yang (diperoleh) secara hutang, silalah kalian bayar” Hukum melakukan syirkah dengan kafir Zimmi Hukum melakukan syirkah dengan kafir zimmi juga adalah mubah. Imam Muslim pernah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan: “Rasulullah saw pernah memperkerjakan penduduk khaibar(penduduk Yahudi) dengan mendapat bahagian dari hasil tuaian buah dan tanaman”

Rukun Syirkah
Rukun syirkah yang asas ada 3 perkara yaitu: 
a) akad (ijab-kabul) juga disebut sighah 
b) dua pihak yang berakad (‘aqidani), mesti memiliki kecekapan melakukan pengelolaan harta 
c) objek aqad(mahal) juga disebut ma’qud alaihi, samada modal atau pekerjaan

Manakala syarat sah perkara yang boleh disyirkahkan adalah adalah objek tersebut boleh dikelola bersama atau boleh diwakilkan. 
Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syirkah :
Mazhab Hanafi berpandangan ada empat jenis syirkah yang syari’e yaitu 
syirkah inan, 
abdan, 
mudharabah dan 
wujuh
Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah yaitu 
syirkah inan, 
abdan dan 
mudharabah. 

Menurut mazhab syafi’e, hanya 2 syirkah yang sah yaitu 
inan dan
mudharabah. 

Mazhab hanafi  berpandangan ada 5 jenis syirkah yang sah :
Syirkah inan, 
abdan, 
mudharabah, 
wujuh dan 
mufawadhah.

baca selengkapnya tentang Macam / Jenis jenis Syirkah   l  Tentang Syirkah (kongsi)

0 komentar:

Design by The Blogger Templates

Design by The Blogger Templates